Monday, November 8, 2010

New Life Begin...


Dah lama betul x update blog aku yg usang ni...Pejam celik, pejam celik, skg dh hampir melangkau ke tahun 2011. Last update blog aku ni dh terlalu lama, nasib baiklah still ingat lagi username blog ni...

Dalam sedar tak sedar, skrg aku dh ada KEHIDUPAN yang baru, dan insyallah akan melangkah ke alam rumahtangga dalam beberapa bulan aje lagi... Belajar dari kegagalan dan kesilapan yang lau, dan sekarang Allah SWT telah kurniakan aku pelangi yang indah bg menggantikan matahri yang telah pergi.

Karier ku, Alhamdulillah...aku harapkan agar tahap produktiviti aku semakin meningkat memandangkan hampir semuanya telah lengkap, so tumpuan pada karier boleh dipertingkatkan lagi. Cuma tahap kesihatan aku yang tak berape ok...emm...mujurlah ada tunang yang ambil berat dan jaga hal kesihatan aku walaupun dia bukan keje di pejabat kesihatan...terima kasih tunangku yang baik hati...

Hujung tahun macam ni dah bermula lah episod banjir di sana sini. Tak ketinggalan juga di kawasan tempat tinggal aku, hanya menanti masa untuk dilanda banjir. So standby in five years....huhuhu... Kepada yang membaca blog aku ni, silalah berkongsi sebarang cerita, pandangan atau lubang-lubang perniagaan untuk side income. Blog ni akan diaktifkan semula selepas ini, but depend on tahap kesibukkan aku lah.

Monday, December 14, 2009

Apa Sudah Jadi Rakyat Malaysia ?


Salam 1 Malaysia...

Kawan-kawan dan bloggers yang dihormati sekalian...ingat nk citer sket pasal Rukun Negara dan perpaduan kaum kali ni, memandangkan negara kita skrg dah tak macam sebelum ni. Apa yang dimaksudkan ialah rakyat kita dah 'loqlaq' sket...So diri ni rasa agak cemas dan perihatin dengan keadaan yang macam ni. Apa yang ditulis ni untuk share ngan korang dengan harapan kita semua akan alert dengan keadaan negara kita sekarang.

Mungkin dah terlalu ramai golongan genius dan cerdik pandai yang lahir pada zaman milenium ni, sebab tu banyak perkara dan hukum hakam dah tak diambil berat lagi. Sebagai contoh, sebab ramai yang dah cerdik pandai, institusi kesultanan melayu kita dah tak dihormati langsung, sedangkan kita semua sebagai warganegara Malaysia dah sedia maklum dan dah setuju pun dengan sistem Raja Berpelembagaan ni dari mula-mula nak bentuk Malaysia dulu. Tiba-tiba pulak sekarang ni nak dipertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Come on lah, setiap negara ada guideline diorang sendiri, so do us, Rukun Negara tu guideline dan manual negara kita.

Tapi sekarang ni, tengok jelah, bila dah geng-geng cerdik pandai ni nak tunjuk expert dalam perundangan, so diorang ni selambe badak je nak pertikaikan sistem beraja dan kedaulatan undang-undang negara kita. Buat ape nak di pertikaikan lagi..? Kalau rasa tak boleh ikut sangat, pergilah tukar warganegara lain, Zimbabwe ke, Jamaica ke tak pun kalau nak sejuk sket, pegilah kat Artik sana. Macam tak sedar diri pulak diorang ni, supposely kita sebagai rakyat Malaysia, perlu cintakan negara dan setiap prinsip Rukun Negara tu dihayati, bukan setakat hafal masa di sekolah je.

Satu lagi, kalau kita tengok sekarang ni, dalam persidangan baik Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri, masing-masing dah macam samseng mabuk todi. Budi bahasa dah takde langsung. Speaker dah jadi macam tunggul kayu je dibuatnya. Macam ni ke orang Malaysia? Malaysia bukan Melayu, tapi seluruh bangsa yang merupakan warganegara Malaysia adalah orang Malaysia. Malaysia terkenal dengan Budi Bahasa dan kesopanan. Malaysia sebuah negara yang aman, jangan lah kita buat tak tahu dengan apa yang dah berlaku sekeliling kita sekarang ni. Kalau rasa kita ni orang Malaysia, so ambil berat lah, tak kira la korang ni pelajar ke, penganggur ke, pekerja sektor awam ke, swasta ke, NGO ke...sayang la negara kita ni. Siapa lagi kalau bukan kita semua.

Jangan kerana kepentingan kita sendiri, rakyat dan negara kita tergadai. Dah la nak capai kemerdekaan sikit punya susah, nak kekalkan kemerdekaan yang kita dah dapat ni lagi lah susah. Kita sebagai generasi sekarang yang bakal menerajui jatuh bangunnya negara kita terletak atas bahu kita sekarang. yang paling sedih, Melayu sama Melayu pun dah tak bersatu macam dulu lagi. Politik memang penting, tapi jangan sampai makan diri sendiri.

Sekarang ni, ideologi barat dah perlahan-lahan menyerap dalam minda dan jiwa generasi kita sekarang ni baik yang veteran mahupun yang setahun jagung. Kenapa kat dalam TV tu diangkat-angkat budaya barat seperti contoh, tarian barat, kenapa tak dipromosikan tarian kita sendiri. Buat rancangan realiti TV yang mengetengahkan budaya kita. Buat lah Akademik Zapin ke, Inang ke, joget Pahang ke...ini lagu dah la barat, tarian pun barat...akan datang tak pelik kalau budak-budak dah tak kenal ape tu baju Melayu dan baju Kurung.

Banyak sangat dah mengomel ni, kalau tuan-tuan dan puan-puan ada sebarang komen dan pandangan, sila lah utarakan, mungkin ada lagi idea yang labih menarik yang boleh kita kongsi bersama. Kita generasi yang perlu menjaga kemerdekaan yang telah kita capai. Sekian,...Salam 1 Malaysia dan Belilah Barangan Buatan Malaysia...!!!

Friday, July 3, 2009

Visa Card / Msn INTERNATIONAL MEGA JACKPOT...Ini Semua Kerja-kerja Scammers !


Pernah Dapat Tak Email Macam Ni???

Ni semu keje-keje scammers dari oversea mahupun local. Korang jangan mudah terpedaya, ini cara mudah untuk dorang dapatkan duit. Kat bawah ni aku bagi contoh e-mail scam yang menjanjikan hadiah lumayan yang kononnya dapat daripada hasil undian jackpot...kalau korang pernah dapat benda-benda macam ni, just abaikan...


---- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: Visa Card / Msn Promotion 2009
Dihantar: Jumaat, 6 Mac, 2009 7:26:52
Subjek: You Have Won 500, 000.00GBP (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds)

Visa Card / Msn INTERNATIONAL MEGA JACKPOT
PROMOTION/CLAIMS DEPARTMENT
440 THE STRAND LONDON, WC2R 0QS
ENGLAND, UNITED KINGDOM
Winning No:VCard/877/798/2009
Email Ref No:VCard/699/33/2009
Notification Date:06/03/2009

Attn:Winner
AMOUNT WON:500, 000.00GBP (Five Hundred Thousand Great
Britain Pounds).This email address has brought you an
unexpected luck, Your e-mail address was selected and
confirmed by our co-sponsor Msn International, through
their latest internet software.You are therefore been
approved by Visa Card Int./Msn UK the sum of
500, 000.00 (Five Hundred Thousand Great Britain Pounds).
===================================
CONTACT CLAIMS ADMINISTRATOR
===================================
NAME: MR.. kelvin donald
Email: mltc_vcard2009@yahoo.com.hk
Visa Card /Msn Promotion Department
Do email the above Claims Administrator, at once with
all the claims requirements below.To avoid
unnecessary delay.They are needed to proceed.
Claims Requirements:
1. Full Name:_____________________
2. Address:_____________________
3. Nationality:___________Sex:________
4. Age:________Date of Birth:___________
5. Occupation:_____________________
6. Cell Phone:___________Fax:___________
7. State of Origin:_________Country:_______
8.Winning No:_______Email Ref No:______
PROCEEDURES / RIGHTS AND PRECAUTIONS.
Contact the Claims
Administrator with all your claims requirements well
filled @ mltc_vcard2009@yahoo.com.hk
(i).Delivery of Prepaid Visa card Valued
500, 000.00GBP by a registered Courier Company.Secretary,
Mrs Felicia James
Visa Card /Msn Mega Jackpot
2008 Microsoft Corporation.All rights reserved


Akibatnya, bila korang dah reply email tu, geng scammers ni akan antar email yang menyatakan bahawa untuk courier cheque tu korang kena tanggung kos penghantarannya seperti contoh di bawah :-





--- On Tue, 4/21/09, SKYNET COURIER COMPANY wrote:


From: SKYNET COURIER COMPANY
Subject: PAYMENT INFORMATION REMIT PAYMENT AS SOON AS POSSIBLE
To: "Baby Singh"
Date: Tuesday, April 21, 2009, 12:57 PM

SkyNet Worldwide Express® Lawrence Road, Hounslow Middlesex, TW4 6DRPhone: + 44 704 571 9217
Fax: +44 704 570 6994Email: customerservice_skynetcourier@hotmail.co.uk Date:21/04/2009Dear Customer, PARCEL REGISTRATION NO:SKY/UK/654/875/09 ORDER CODE:ORD/UK/874/758/009
Greetings to you, from Skynet Courier Service Ltd.


I want to let it know to your notice that your won amount is 500, 000GBP and converted to rupees is {35, 065, 876.09 INR}

Due to our conversation of phone yesterday you are kindly advised to submit the payment below for delivery tommorrow for Normal class delivery: in 72 hours of the parcel to you.


Please find below our charges:

______________________________
Normal class delivery: in 72 hours
______________________________
(cost of delivery)
Courier Charges: 180 pound s
Insurance: 120 pounds
Vat: 80 pounds
Total: 380 pound sterlings (Currency Converter Results n india rupees 25, 000.INR ) You are to deposit the amount to our offshore account below and send to this office a copy of the bank deposit slip. ACCOUNT INFORMATION: ACCOUNT NAME: LAL BAHADUR
ACCOUNT NUMBER: 30098375031
BANK NAME: STATE BANK OF INDIA
PAN NUMBER: ALMPB8278L Note that the payment must be deposited in cash. For additonal information, please e-mail us:customerservice_skynetcourier@hotmail.co.uk or call UK SKYNET Customer Service (+ 44 704 571 9217) Regards, Mr. Petra TakkenbergHead, Customer PropositionSkyNet Worldwide Express®

So, peringatan kepada semua, sesuatu yang hebat tidak akan dapat dengan usaha yang tidak hebat...so, renung-renuungkan dan selamat beramal !

Thursday, May 7, 2009

Apa Alternatifnya ???


Jangan lihat cadangan potong tangan dari kaca mata agama


SAYA amat bersetuju dengan pandangan Syed Abdullah Osman Jamalullail berkenaan hukuman potong tangan bagi jenayah curi, samun dan rompak. Ketika kadar jenayah semakin meningkat di negara ini, kenapa cadangan ini tidak dipertimbangkan?

Sehubungan ini, saya amat menduga pandangan Edwin Michael yang menyifatkan cadangan itu sebagai keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Saya percaya bahawa Edwin Michael (jika benar beliau bukan Islam berdasarkan namanya) melihat cadangan itu dari kaca mata seorang bukan Islam terhadap sesuatu ciri perundangan Islam.

Dalam melontarkan cadangannya, Syed Abdullah tidak sedikit pun mengaitkan hukuman potong tangan itu sebagai perundangan Islam, sekalipun hukuman tersebut terdapat dalam undang-undang hudud dan tiada dalam kanun jenayah sivil. Disebabkan memandang sesuatu itu dengan prejudis agama, maka Edwin Michael begitu lekas menolak cadangan tersebut. Betapa beliau juga menyifatkan cadangan hukuman potong tangan sebagai sesuatu yang ‘tidak berperikemanusiaan.’ Hujah beliau itu jelas menunjukkan beliau mahu menjaga kepentingan penjenayah lebih daripada kepentingan umum dan mangsa-mangsa jenayah.
Tidakkah beliau sedar betapa banyak nyawa telah terkorban akibat perbuatan peragut yang keterlaluan untuk mendapatkan beg tangan atau dompet mangsa?
Betapa ada suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan ibu bapa kehilangan anak kerana nyawa mereka melayang akibat kemalangan yang berlaku setelah mereka ditolak atau ditikam oleh peragut.

Apakah Edwin Michael menganggap perbuatan sedemikian bukan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan?
Jika perikemanusiaan menjadi hujah dalam menegakkan sesuatu perundangan, mengapakah tiada siapa yang membantah hukuman mati terhadap pengedar dadah? Bukankah hukuman mati lebih berat daripada potong sebelah tangan.
Dalam melaksanakan hukuman potong tangan, tidak semestinya itu menjadi pilihan mandatori bagi para hakim tanpa mengambil kira pelbagai faktor. Ada beza jika ia mandatori atau sekadar ‘boleh dihukum potong tangan.’
Saya seorang Islam, tapi dalam menyokong syor hukuman potong tangan ini, saya memberikan pandangan dari sudut hak asasi manusia yang menjadi mangsa.
Betapa jenayah ragut, curi dan rompak semakin meningkat, sekalipun penjenayah dihukum penjara dan sebat.

Malah Utusan Malaysia dalam berita muka depan pada 10 Oktober 2006 bertajuk Banduan dihukum 84 sebatan risau dibebaskan dengan jelas menunjukkan bahawa hukuman sebat pun gagal mencegah perompak daripada mengulangi perbuatannya sebanyak 39 kali.
Potong tangan lebih berperikemanusiaan kerana ia akan dapat menghalang penjenayah daripada melakukan lebih banyak perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap manusia-manusia lain.
Saya berharap Edwin Michael dan ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap sepertinya akan melihat cadangan ini tanpa sebarang prejudis agama.

Dan saya juga berharap orang-orang Islam tidak lekas melenting terhadap Edwin Michael kerana beralasan bahawa orang bukan Islam tidak berhak memberikan pandangan terhadap hukuman potong tangan.
Cadangan ini tidak berbau keagamaan, tapi perikemanusiaan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia yang diancam peningkatan jenayah, terutama ragut.Kita tidak boleh berbincang secara sihat dan rasional jika asyik melihat dengan kaca mata agama.

Faedah daripada pengurangan jenayah hasil hukuman potong tangan hendaklah dinikmati oleh semua manusia di Malaysia, tanpa mengira agama. Inilah yang patut diterangkan kepada bukan Islam. Apakah Edwin Michael menentang kerana dia juga mahu menjadi peragut? Atau ada adik-beradiknya yang menjadi peragut? Barangkali, jika ada anggota keluarganya yang cedera parah di kepala kerana ditolak peragut, barulah Edwin Michael akan melihat cadangan ini tanpa berat sebelah di sisi agama, tapi secara rasional dan sebagai manusia yang waras.

Ragut...Ragut...Ragut...


KUANTAN : Azmi Zakaria, 22 dari Bdr Pusat Jengka dijatuhkan hukuman berat oleh mahkamah kerana meragut mangsa Januari lalu.


KOTA BHARU : Seorang ibu kpd lima org anak maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dalam kejadian ragut kira-kira jam 10.50 pagi (06/05/09).


SUBANG JAYA : Isteri seorang jurulatih bolasepak terkenal terkedu apabila beg tangan yg diletakkan di tempat duduk penumpang keretanya diragut.


Apa kejadahnye semua ni...??? Benda yang sama asyik berulang dan makin teruk. Adakah faktor ekonomi dunia sekarang yang menyebabkan diorang ambil jalan mudah dgn meragut untuk sara hidup.


Kenapa terdesak sampai mcm tu sekali? Kerajaan sediakan mcm2 kemudahan dan bantuan tapi kenapa tak guna? Tau dok nak mengutuk kerajaan je tapi bila sengkek...sendiri mau ingatlah...

Takde Luck lah pulak Chelsea Kali ni....


Still believing


"We were disappointed we could not take our other chances and in the end we have been kicked in the teeth," he added. "It's a big disappointment but we have to be big and stand up to be counted. We have to be professional and we have to believe we can still get to another Champions League final and win it. There would be no point carrying on otherwise."

No luck


After their fourth semi-final defeat in this competition in six seasons, Michael Ballack believes the fates have turned against Chelsea. "Last year was a big, big disappointment when it came down to one penalty and now we have been beaten by a goal in the 93rd or 94th minute," he said. "It is just unbelievable. Normally you can't say that the wrong team has gone through to the final but we had the better chances and that's why we deserved to have won. We know Barcelona are a great team and they can play great football but we were the better team."


To all Chelsea Fans...Jagn lah give up support dorang...hopefully next season Chelsea will come out with better line up...Chelsea Forever !