Monday, December 14, 2009

Apa Sudah Jadi Rakyat Malaysia ?


Salam 1 Malaysia...

Kawan-kawan dan bloggers yang dihormati sekalian...ingat nk citer sket pasal Rukun Negara dan perpaduan kaum kali ni, memandangkan negara kita skrg dah tak macam sebelum ni. Apa yang dimaksudkan ialah rakyat kita dah 'loqlaq' sket...So diri ni rasa agak cemas dan perihatin dengan keadaan yang macam ni. Apa yang ditulis ni untuk share ngan korang dengan harapan kita semua akan alert dengan keadaan negara kita sekarang.

Mungkin dah terlalu ramai golongan genius dan cerdik pandai yang lahir pada zaman milenium ni, sebab tu banyak perkara dan hukum hakam dah tak diambil berat lagi. Sebagai contoh, sebab ramai yang dah cerdik pandai, institusi kesultanan melayu kita dah tak dihormati langsung, sedangkan kita semua sebagai warganegara Malaysia dah sedia maklum dan dah setuju pun dengan sistem Raja Berpelembagaan ni dari mula-mula nak bentuk Malaysia dulu. Tiba-tiba pulak sekarang ni nak dipertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Come on lah, setiap negara ada guideline diorang sendiri, so do us, Rukun Negara tu guideline dan manual negara kita.

Tapi sekarang ni, tengok jelah, bila dah geng-geng cerdik pandai ni nak tunjuk expert dalam perundangan, so diorang ni selambe badak je nak pertikaikan sistem beraja dan kedaulatan undang-undang negara kita. Buat ape nak di pertikaikan lagi..? Kalau rasa tak boleh ikut sangat, pergilah tukar warganegara lain, Zimbabwe ke, Jamaica ke tak pun kalau nak sejuk sket, pegilah kat Artik sana. Macam tak sedar diri pulak diorang ni, supposely kita sebagai rakyat Malaysia, perlu cintakan negara dan setiap prinsip Rukun Negara tu dihayati, bukan setakat hafal masa di sekolah je.

Satu lagi, kalau kita tengok sekarang ni, dalam persidangan baik Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri, masing-masing dah macam samseng mabuk todi. Budi bahasa dah takde langsung. Speaker dah jadi macam tunggul kayu je dibuatnya. Macam ni ke orang Malaysia? Malaysia bukan Melayu, tapi seluruh bangsa yang merupakan warganegara Malaysia adalah orang Malaysia. Malaysia terkenal dengan Budi Bahasa dan kesopanan. Malaysia sebuah negara yang aman, jangan lah kita buat tak tahu dengan apa yang dah berlaku sekeliling kita sekarang ni. Kalau rasa kita ni orang Malaysia, so ambil berat lah, tak kira la korang ni pelajar ke, penganggur ke, pekerja sektor awam ke, swasta ke, NGO ke...sayang la negara kita ni. Siapa lagi kalau bukan kita semua.

Jangan kerana kepentingan kita sendiri, rakyat dan negara kita tergadai. Dah la nak capai kemerdekaan sikit punya susah, nak kekalkan kemerdekaan yang kita dah dapat ni lagi lah susah. Kita sebagai generasi sekarang yang bakal menerajui jatuh bangunnya negara kita terletak atas bahu kita sekarang. yang paling sedih, Melayu sama Melayu pun dah tak bersatu macam dulu lagi. Politik memang penting, tapi jangan sampai makan diri sendiri.

Sekarang ni, ideologi barat dah perlahan-lahan menyerap dalam minda dan jiwa generasi kita sekarang ni baik yang veteran mahupun yang setahun jagung. Kenapa kat dalam TV tu diangkat-angkat budaya barat seperti contoh, tarian barat, kenapa tak dipromosikan tarian kita sendiri. Buat rancangan realiti TV yang mengetengahkan budaya kita. Buat lah Akademik Zapin ke, Inang ke, joget Pahang ke...ini lagu dah la barat, tarian pun barat...akan datang tak pelik kalau budak-budak dah tak kenal ape tu baju Melayu dan baju Kurung.

Banyak sangat dah mengomel ni, kalau tuan-tuan dan puan-puan ada sebarang komen dan pandangan, sila lah utarakan, mungkin ada lagi idea yang labih menarik yang boleh kita kongsi bersama. Kita generasi yang perlu menjaga kemerdekaan yang telah kita capai. Sekian,...Salam 1 Malaysia dan Belilah Barangan Buatan Malaysia...!!!

No comments:

Post a Comment