Thursday, May 7, 2009

Apa Alternatifnya ???


Jangan lihat cadangan potong tangan dari kaca mata agama


SAYA amat bersetuju dengan pandangan Syed Abdullah Osman Jamalullail berkenaan hukuman potong tangan bagi jenayah curi, samun dan rompak. Ketika kadar jenayah semakin meningkat di negara ini, kenapa cadangan ini tidak dipertimbangkan?

Sehubungan ini, saya amat menduga pandangan Edwin Michael yang menyifatkan cadangan itu sebagai keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Saya percaya bahawa Edwin Michael (jika benar beliau bukan Islam berdasarkan namanya) melihat cadangan itu dari kaca mata seorang bukan Islam terhadap sesuatu ciri perundangan Islam.

Dalam melontarkan cadangannya, Syed Abdullah tidak sedikit pun mengaitkan hukuman potong tangan itu sebagai perundangan Islam, sekalipun hukuman tersebut terdapat dalam undang-undang hudud dan tiada dalam kanun jenayah sivil. Disebabkan memandang sesuatu itu dengan prejudis agama, maka Edwin Michael begitu lekas menolak cadangan tersebut. Betapa beliau juga menyifatkan cadangan hukuman potong tangan sebagai sesuatu yang ‘tidak berperikemanusiaan.’ Hujah beliau itu jelas menunjukkan beliau mahu menjaga kepentingan penjenayah lebih daripada kepentingan umum dan mangsa-mangsa jenayah.
Tidakkah beliau sedar betapa banyak nyawa telah terkorban akibat perbuatan peragut yang keterlaluan untuk mendapatkan beg tangan atau dompet mangsa?
Betapa ada suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan ibu bapa kehilangan anak kerana nyawa mereka melayang akibat kemalangan yang berlaku setelah mereka ditolak atau ditikam oleh peragut.

Apakah Edwin Michael menganggap perbuatan sedemikian bukan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan?
Jika perikemanusiaan menjadi hujah dalam menegakkan sesuatu perundangan, mengapakah tiada siapa yang membantah hukuman mati terhadap pengedar dadah? Bukankah hukuman mati lebih berat daripada potong sebelah tangan.
Dalam melaksanakan hukuman potong tangan, tidak semestinya itu menjadi pilihan mandatori bagi para hakim tanpa mengambil kira pelbagai faktor. Ada beza jika ia mandatori atau sekadar ‘boleh dihukum potong tangan.’
Saya seorang Islam, tapi dalam menyokong syor hukuman potong tangan ini, saya memberikan pandangan dari sudut hak asasi manusia yang menjadi mangsa.
Betapa jenayah ragut, curi dan rompak semakin meningkat, sekalipun penjenayah dihukum penjara dan sebat.

Malah Utusan Malaysia dalam berita muka depan pada 10 Oktober 2006 bertajuk Banduan dihukum 84 sebatan risau dibebaskan dengan jelas menunjukkan bahawa hukuman sebat pun gagal mencegah perompak daripada mengulangi perbuatannya sebanyak 39 kali.
Potong tangan lebih berperikemanusiaan kerana ia akan dapat menghalang penjenayah daripada melakukan lebih banyak perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap manusia-manusia lain.
Saya berharap Edwin Michael dan ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap sepertinya akan melihat cadangan ini tanpa sebarang prejudis agama.

Dan saya juga berharap orang-orang Islam tidak lekas melenting terhadap Edwin Michael kerana beralasan bahawa orang bukan Islam tidak berhak memberikan pandangan terhadap hukuman potong tangan.
Cadangan ini tidak berbau keagamaan, tapi perikemanusiaan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia yang diancam peningkatan jenayah, terutama ragut.Kita tidak boleh berbincang secara sihat dan rasional jika asyik melihat dengan kaca mata agama.

Faedah daripada pengurangan jenayah hasil hukuman potong tangan hendaklah dinikmati oleh semua manusia di Malaysia, tanpa mengira agama. Inilah yang patut diterangkan kepada bukan Islam. Apakah Edwin Michael menentang kerana dia juga mahu menjadi peragut? Atau ada adik-beradiknya yang menjadi peragut? Barangkali, jika ada anggota keluarganya yang cedera parah di kepala kerana ditolak peragut, barulah Edwin Michael akan melihat cadangan ini tanpa berat sebelah di sisi agama, tapi secara rasional dan sebagai manusia yang waras.

Ragut...Ragut...Ragut...


KUANTAN : Azmi Zakaria, 22 dari Bdr Pusat Jengka dijatuhkan hukuman berat oleh mahkamah kerana meragut mangsa Januari lalu.


KOTA BHARU : Seorang ibu kpd lima org anak maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dalam kejadian ragut kira-kira jam 10.50 pagi (06/05/09).


SUBANG JAYA : Isteri seorang jurulatih bolasepak terkenal terkedu apabila beg tangan yg diletakkan di tempat duduk penumpang keretanya diragut.


Apa kejadahnye semua ni...??? Benda yang sama asyik berulang dan makin teruk. Adakah faktor ekonomi dunia sekarang yang menyebabkan diorang ambil jalan mudah dgn meragut untuk sara hidup.


Kenapa terdesak sampai mcm tu sekali? Kerajaan sediakan mcm2 kemudahan dan bantuan tapi kenapa tak guna? Tau dok nak mengutuk kerajaan je tapi bila sengkek...sendiri mau ingatlah...

Takde Luck lah pulak Chelsea Kali ni....


Still believing


"We were disappointed we could not take our other chances and in the end we have been kicked in the teeth," he added. "It's a big disappointment but we have to be big and stand up to be counted. We have to be professional and we have to believe we can still get to another Champions League final and win it. There would be no point carrying on otherwise."

No luck


After their fourth semi-final defeat in this competition in six seasons, Michael Ballack believes the fates have turned against Chelsea. "Last year was a big, big disappointment when it came down to one penalty and now we have been beaten by a goal in the 93rd or 94th minute," he said. "It is just unbelievable. Normally you can't say that the wrong team has gone through to the final but we had the better chances and that's why we deserved to have won. We know Barcelona are a great team and they can play great football but we were the better team."


To all Chelsea Fans...Jagn lah give up support dorang...hopefully next season Chelsea will come out with better line up...Chelsea Forever !

Wednesday, May 6, 2009

Pembuka Kata...


Alhamdulillah...akhirnya selesai sudah aku menjalani kursus pembinaan blog & website selama 3 hari anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pahang di bawah kelolaan PSDC Kuantan.


Banyak ilmu pengetahuan yang aku timba daripada 'short course' tu... Sebelum ni aku agak blur pasal blog dan website ni, tapi sekarang tidak lagi. At least kalau ada orang tanya atau mintak tolong aku, takdelah aku ternganga dibuatnya dan hasilnya sekarang aku dah ada blog aku sendiri dan website ciptaan aku.


Walaupun x canggih, tapi memadai untuk pembaca-pembaca memahami apa yang terkandung dalam blog aku ni. Semoga blogger2 yang visit blog aku dapat bagi feedback atau pandangan terhadap apa saja dan boleh berkongsi maklumat yang terkini serta sensasi.


Inilah hasil kemajuan negara kita yang kita dapat kecapi, tetapi jgn kita alpa dan lupa, semua ini adalah dari kesusahan yang pernah dilalui oleh org kita dulu2 dalam membentuk sebuah negara yang makmur dan maju macam sekarang...So friends...please welcome to my blog and share something useful...adiosss...

Monday, May 4, 2009

First Touch....

Salam....

Jangan salah erti maksud 'first touch' tu...maksudnye, sentuhan pertama aku dalam dunia bloggers ni...so, meh le kengkawan semua bertandang ke blog aku....adiossss !!!

Blog was created on 4th May 2009
PSDC Computer Lab.